6ixth Sense merupakan kumpulan gitar rancak yang dianggotai oleh 5 anak muda asal Malaysia dan Indonesia yang mula aktif di persada seni Nusantara sejak 2005. Kumpulan ini juga dikenali sebagai Tirta di Indonesia. Ia diasaskan oleh Mujahid Wahad, A&R daripada Universal Music. Sejak pengeluaran album pertama pada 2006, kumpulan ini telah berjaya menjual lebih 100,000 unit album fizikal dan lebih 2 juta muat turun secara digital menerusi 4 buah album studio mereka. Kumpulan ini disifatkan sebagai antara artis dengan jualan album terbaik di rantau ASEAN pada lewat 2000an dan awal 2010an. Mereka telah memenangi trofi di Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2010.

6ixth Sense 6

Biografi

Kumpulan 6ixth Sense terdiri daripada lima orang anak muda iaitu Mohd Faiz Azizi (Gjie) selaku pemain gitar utama, Safuan Hasnan (Wan) selaku pemain drum, Muhd Azmi (Air Bone) selaku pemain gitar kedua (yang kemudiannya digantikan dengan Athan), Mohd Fairuz (Ayoy) selaku pemain bass dan Adi Priyo Sambodo (Adi) selaku vokalis. 6ixth Sense merupakan kumpulan muzik pertama dengan gabungan pemuzik Malaysia dan Indonesia.

Kumpulan ini menamakan diri mereka “Sixth Sense” kerana berkebolehan menggunakan panca deria untuk menjiwai serta mencipta muzik. 6ixth Sense yakin dapat bersaing dengan mana-mana kumpulan muzik ketika ini. Melihat pada pencapaian mereka, jelas terbukti mereka boleh memberikan impak kepada perkembangan muzik tanahair.

Para pemainat 6ixth sense biasa di sebut dengan 6ixth lovers

Mereka memulakan kerjaya seni sebagai sebuah kugiran yang bermain di majlis perkahwinan. Setelah mendapat tempat di hati peminat, 6ixth Sense telah dilamar menjadi artis rakaman pada tahun 2005 walaupun industri muzik tempatan ketika itu diuliti dengan pelbagai masalah seperti cetak rompak dan kemasukkan artis-artis luar negara yang banyak.

Di awal penubuhan, salah seorang pemuzik dari Indonesia telah mencadangkan nama pemuda Indonesia, Adi Priyo Sambodo yang kepada pengurus 6ixth Sense, Mujahid Abdul Wahab. Setelah berjaya menunjukkan kebolehan vokalnya, Adi diterbangkan dari Indonesia ke Malaysia untuk memulakan kerjayanya sebagai penyanyi utama 6ixth Sense.

Lebih 5,000 buah album telah terjual setelah album pertama mereka iaitu Hari Ini dilancarkan pada 2 Jun 2006. Kumpulan ini yang mempertaruhkan lagu yang pernah dipopularkan oleh J. Mizan pada era 70an, ‘Hari Ini Dan Semalam’ sebagai single pertama mendapat sambutan yang menggalakkan daripada stesen-stesen radio tempatan. Malah, lagu tersebut berada di tempat kedua di Carta Era selama beberapa minggu. Terdapat 11 buah lagu di dalam album ini seperti termasuk ‘Maafkanku’, ‘Berjanjilah’, ‘Seandainya’, ‘Mama Papa’, ‘Pesona’ dan ‘Pawana’.

Syarikat rakaman mereka, Universal Music percaya bahawa kumpulan tersebut dapat diterima oleh peminat muzik Indonesia berdasarkan adanya Adi sebagai vokalis utama serta konsep kumpulan tersebut iaitu progresif pop-rock.